Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan
hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang
menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur
di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan
diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita
mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah
salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai
hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam
kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan
merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut
"dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat
meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.
Orang
yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian
kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa
diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang
kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin
terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila
hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang
yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah
SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan.
Kesukaran
dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa
hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari
kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa
masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan
keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus
walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.
Hidup
ini keseluruhannya merupakan ujian. "Dialah yang menjadikan kematian
dan kehidupan, untuk menguji diantara kamu siapkah yang paling baik
amalannya." (Al Mulk).
Kesusahan
adalah bentuk ujian yang menguji kesabaran dan kepasrahan kita kepada
segala ketentuan Allah. Sedangkan kemewahan dan kekayaan akan menguji
sufat syukur. bahkan yang lebih berat ialah ujian kemewahan. Dalam satu
hadith Rasulullah menggambarkan bahawa baginda tidak takut ummatnya
akan syirik tetapi baginda takut apabila ummatnya dibentangkan dengan
dunia dan segala kemewahannya lalu mereke berpaling dari agama Allah
SWT. Sahabat-sahabat Rasul ada yang diuji dengan kemewahan tetapi
mereka begitu tinggi ketaqwaan atau sensitivitinya dengan dosa dan
batas-batas larangan Allah SWT.
Ibadah-ibadah
khususiyyah dalam Islam sebenarnya merupakn sarana atau proses
penyuburan jiwa dengan iman dan taqwa. Jika ibadah kita tidak menjauhkan
kita dari dosa dan maksiat, mungkin ada yang tidak kena dengan ibadah
kita dan Rasulullah SAW dan para sahabat RA adalah contoh kita dalam
hal ini.
No comments:
Post a Comment