Imâm an-Nawawî rahimahullâhu berkata :
“Sahabat adalah setiap
muslim yang melihat Rasulullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun
hanya sekilas. Pendapat inilah yang benar mengenai batasan (seseorang
dikatakan sebagai) sahabat dan inilah madzhab yang dipegang oleh Ahmad
bin Hanbal dan Abū ‘Abdillâh al-Bukhârî di dalam Shahîh-nya serta
seluruh ulama ahli hadits.”
(Syarhul Muslim 1/35)
Beliau rahimahullâhu juga berkata :
“Sesungguhnya yang benar adalah pendapat jumhur, yaitu seluruh muslim
yang melihat Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam walaupun hanya sesaat,
maka ia termasuk sahabat beliau.”
(Ibid : 16:85)
Al-Hâfizh Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Sahabat adalah orang yang melihat Rasulullah Shallâllâhu ‘alaihi wa
Sallam dalam keadaan Islâm ketika melihatnya, walaupun tidak lama dan
tidak meriwayatkan satu haditspun dari beliau. Dan ini merupakan
pendapat jumhur (mayoritas) ulama, baik kholaf (kontemporer) maupun
salaf (terdahulu).
(al-Bâ’its al-Hatsîts : II/491).
Al-Hâfizh Ibnu Hajar al-Aqsolânî rahimahullâhu berkata :
“Yang paling benar sejauh penelitian saya tentang hal ini adalah,
sahabat adalah orang yang menjumpai Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam
dalam keadaan mengimani beliau dan wafat dalam keadaan Islâm. Termasuk
sahabat adalah orang yang menjumpai beliau, baik dalam waktu yang lama
maupun singkat, baik meriwayatkan (hadits) dari beliau maupun tidak
meriwayatkan, baik yang turut berperang beserta beliau maupun yang
tidak, orang yang melihat beliau walaupun belum pernah menemani beliau,
dan orang yang tidak melihat beliau disebabkan sesuatu hal seperti
buta…” Kemudian al-Hâfizh melanjutkan perkataannya : “Definisi ini
dibangun di atas pendapat yang paling benar dan terpilih menurut para
ulama peneliti (muhaqqiqîn), semisal al-Bukhârî dan guru beliau, Ahmad
bin Hanbal, dan yang meneladani mereka berdua. Adapun pendapat selain
ini merupakan pendapat yang ganjil (syâdzah).”
Ibnu Katsîr rahimahullâhu berkata :
“Status sahabat dapat diketahui acap kali dengan (berita) yang
mutawatir, atau berita yang mustafîdhah (banyak namun di bawah derajat
mutawatir), atau dengan kesaksian sahabat yang lain, atau bisa juga
dengan meriwayatkan hadits NAbî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, baik
secara simâ’ (mendengar) ataupun menyaksikan, selama satu zaman (dengan
NAbî).”
(al-Ba’îts al-Hatsîts II/491)
Larangan Mencela Para Sahabat.
Para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah melarang sesiapa daripada
mencela para sahabat. Sesiapa mencela para sahabat dianggap telah
melakukan kesalahan yang besar dan layak dihukum.
Dari Abu Sa’id Al
Khudri Radhiyallahu ‘ahnu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam telah bersabda,: ”Janganlah kalian mencela
sahabat-sahabatku. Seandainya salah seorang dari kalian berinfaq emas
sebesar Uhud, tidak akan menyamai satu mud (infaq) salah seorang dari
mereka dan tidak pula setengahnya.”
(Imam Al Bukhari dalam
Shahih-nya, kitab Al Manaqib, Bab Qauluhu Lau Itakhadztu Khalilan, no.
3397 dan lafaz ini adalah lafaz Al Bukhari).
(Imam Muslim dalam Shahih-nya, kitab Fadhail Al Sahabat, Bab Tahrim Sabbi Ash Shahabat, no. 4610 dan 4611).
(Imam At Tirmidzi dalam Sunan-nya, kitab Al Manaqib ‘An An Nabi, Bab Fiman Sabba Ashabi An Nabi, no. 3796).
Imam ath-Thahawi berkata di dalam Kitab ‘aqidah-nya :
“Kami mencintai sahabat-sahabat Rasulullah saw dan kami tidaklah
melepaskan kecintaan kami dan berlepas diri (baro’) terhadap salah
seorang pun dari mereka. Kami membenci orang yang membenci mereka dan
tidak mau menyebutkan kebaikan mereka. Kami tidak mau menyebut mereka
melainkan dengan kebaikan. mencintai mereka adalah bagian dari agama,
iman dan ihsan, sedangkan membenci mereka merupakan kekufuran, nifaq dan
perbuatan melampaui batas.”
Imam al-Baghowi di dalam Syarhus Sunnah mengatakan :
“Imam Malik berkata, barangsiapa yang membenci salah seorang sahabat
Rasulullah saw, maka akan menancap di dalam hatinya kedengkian yang
menyebabkan dirinya tidak berhak untuk mendapatkan harta rampasan (fai’)
kaum muslimin.”
Imam Ahmad bin Hanbal di dalam kitab beliau,as-Sunnah, berkata :
“Termasuk sunnah adalah menyebutkan kebaikan-kebaikan seluruh sahabat
Rasulullah saw dan menahan diri dari berbicara tentang perkara yang
terjadi di antara mereka. Barangsiapa yang mencela sahabat Rasulullah
saw atau salah seorang dari mereka, maka ia adalah seorang ahli bid’ah
Rafidhi. Mencintai sahabat adalah sunnah, mendoakan mereka adalah
ibadah, meneladani mereka adalah wasilah (cara) dan mengambil atsar
mereka adalah keutamaan.”
Imam Abu ‘Utsman ash-Shobuni di dalam kitabnya, ‘Aqidatus Salaf wa AshhAbîl Hadits mengatakan :
“(Kaum salaf dan ashhAbîl hadits) berpandangan untuk menahan diri dari
(memperbincangkan) perselisihan yang terjadi di tengah sahabat
Rasulullah saw, menyucikan lisan dari menyebutkan aib-aib (keburukan)
dan kekurangan mereka dan mendoakan rahmat (tarahum) bagi semuanya serta
memberikan kecintaan (wala’) bagi seluruhnya.”
Abu Zur‘ah al-Razi rahimahullah (264H) berkata:
"Bila engkau melihat seseorang memburuk-burukkan salah seorang daripada
sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ketahuilah bahawa
orang itu zindik (yang lahirnya kelihatan Islam tetapi hakikatnya
kafir). Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di sisi kita
adalah benar, al-Qur’an adalah benar dan apa yang datang dengannya
adalah benar. Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah telah disampaikan kepada
kita hanya menerusi para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam. Mereka (yang memburuk-burukkan sahabat) mahu mencacatkan
saksi-saksi kita dengan tujuan untuk membatalkan (menimbulkan keraguan
terhadap) ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah itu sendiri. Oleh kerana tujuan
mereka begitu, maka merekalah yang lebih patut dicacatkan dan mereka
adalah golongan zindik."
(Diriwayatkan oleh al-Khatib di dalam
al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, ms. 49 (Bab Berkenaan pengiktirafan Allah
dan Rasul-Nya akan sifat adil para sahabat).
Berkata al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (544H):
"Mencela dan memburuk-burukkan Ahl al-Bait, para isteri dan para
sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah haram serta
dilaknati ke atas pembuatnya.
(al-Syifa’, jld. 2, ms. 246).
Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata:
"Sesiapa yang mencaci Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka dia
dibunuh manakala sesiapa yang mencaci para sahabatnya maka dihukum."
(Diriwayatkan oleh al-Qadhi ‘Iyadh di dalam al-Syifa’, jld. 2, ms. 246).
al-Nawawi rahimahullah berkata:
"Ketahuilah bahawa mencela para sahabat radhiallahu 'anhum adalah
haram, ia termasuk perkara keji yang diharamkan sama ada kepada mereka
yang terlibat di dalam peristiwa fitnah atau selainnya. Ini kerana
mereka adalah para mujtahid di dalam peperangan tersebut. al-Qadhi
(‘Iyadh) menambah: Mencela salah seorang daripada sahabat merupakan
kesalahan yang besar. Pandangan kami serta pandangan jumhur ilmuan
adalah mereka itu dihukum tetapi tidaklah dibunuh. Namun menurut
sebahagian ulama’ Maliki mereka itu dibunuh."
(Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi, jld. 16, ms. 93).
Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah:
Adapun orang yang mencela salah seorang daripada para sahabat
Rasulullah, sama ada dari kalangan Ahl al-Bait baginda atau selain
mereka, (Ahl al-Bait adalah ahli keluarga Rasulullah, mereka termasuk
dalam keumuman kategori sahabat.) maka menurut al-Imam Ahmad dia dipukul
dengan sekeras-kerasnya, namun tidak dihukum sebagai kafir mahupun
dibunuh. Berkata ‘Abd Allah (bin Ahmad bin Hanbal), aku bertanya kepada
ayahku, siapakah al-Rafidhah? Beliau menjawab: Mereka ialah golongan
yang mencela atau mencaci-maki Abu Bakar serta Umar radhiallahu ‘anhuma.
(Nukilan berpisah daripada al-Sharim al-Maslul ‘ala Syatim al-Rasul (Dar Ibn Hazm, Beirut 1417H), jld. 3, ms 1055-1056).
Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah juga mengulas hal yang sama:
Para ilmuan berselisih pendapat tentang hukum orang yang mencela para
sahabat. Berkata (al-Qadhi) ‘Iyadh, menurut jumhur ilmuan mereka dihukum
manakala menurut sebahagian ilmuan Mazhab Maliki, mereka dibunuh.
Sebahagian ilmuan Mazhab al-Syafi’e hukum sedemikian (hukum bunuh)
dijatuhkan kepada sesiapa yang mencela Abu Bakar dan ‘Umar serta Hasan
dan Husain (dua cucu Rasulullah). Ini dihikayatkan oleh al-Qadhi Husain
dan diperkuatkan oleh al-Subki kepada sesiapa yang mengkafirkan Abu
Bakar dan ‘Umar.
( Fath al-Bari, jld. 7, ms. 36).
Demikianlah pandangan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ke atas orang-orang yang mencela para sahabat radhiallahu 'anhum.
Semoga Allah memberinya ganjaran yang terbaik, telah mengemukakan
sejumlah fatwa daripada para tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah sejak
dari zaman awal berkenaan hukum yang layak ke atas orang yang mencela
para sahabat radhiallahu 'anhum. Di sini kami hanya mengemukakan
sebahagian daripadanya memandangkan kebanyakan daripada fatwa tersebut
adalah hampir sama.
Para pembaca akan mendapati sebahagian
daripada fatwa ini menjatuhkan hukum yang saling berbeza. Perbezaan ini
bukanlah sesuatu yang saling bertentangan, tetapi saling menguat antara
satu sama lain. Tahap hukum yang berbeza dijatuhkan kepada individu yang
berbeza bergantung kepada kadar celaan yang mereka berikan kepada para
sahabat dan luasnya fitnah yang terhasil daripada perbuatan mencela
mereka itu.
Walaubagaimanapun, manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
sebelum menjatuhkan hukuman ialah memastikan hujah yang benar lagi
jelas telah ditegakkan kepada orang yang melakukan perbuatan mencela
para sahabat. Tidak boleh menghukum orang yang jahil, keliru atau tidak
sengaja.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan taufiq-Nya kepada
kami, mereka dan seluruh kaum muslimin, dan mempersatukan hati-hati kita
di atas al-Qur`an dan as-Sunah menurut pemahaman salaful ummah.